Monday, September 14, 2009

Kurikulum yang sedang dirancang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Unit kami sedang merancang kurikulum yang akan digunapakai untuk tahun 2012 selaras dengan transformasi kurikulum seperti berikut:

* Nota : Masih dalam proses pembinaan dan perancangan :-
Persidangan meja bulat akan diadakan dalam bulan minggu pertama dalam bulan Oktober, yang melibatkan NGO masalah penglihatan.
 
1. Pendidikan Jasmani Suaian,
 Meliputi kemahiran-kemahiran permainan khusus (Goalball, Bolasepak ( Futsal ), Olahraga, Pingpong, Catur,dll )serta permainan yang diubahsuai.
   
2. Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (  KAIMal )
Meliputi 
    a) Orientasi dan Mobiliti
    b) Kod Braille dan Peralatan Khas
    c) Asas ICT masalah penglihatan ( JAWS , TYPING SKILL - KEYBOARD )

3. Pendidikan Seni Visual Suaian, Meliputi Kemahiran Ubahsuaian daripada kurikulum Normal, dengan memberi fokus utama kepada kemahiran kraftangan yang bersesuaian dengan keperluan murid- Cth Anyaman ( bakul ) dan Pembuatan ( pasu ) dll.

4. ICT
Pengubahsuaian daripada kurikulum ICT Arus perdana.- Menerapkan teknik-teknik atau cara murid masalah penglihatan menggunakan ICT.  ( Internet, MS word. Power Point, Excel ) dll

5. Kemahiran Hidup ( Suaian daripada kurikulum Arus Perdana )
Meliputi kemahiran hidup yang benar-benar diperlukan dan sesuai oleh murid bermasalah penglihatan.

6.  Pendidikan Kesenian Masalah Penglihatan ( Ting 1- Ting 3 )
Pendidikan Kesenian ini adalah ubahsuaian daripada kurikulum sekolah seni malaysia yang dicadangkanakan menggantikan Mata Pelajaran Pendidikan Seni Visual disekolah.Mata Pelajaran ini meliputi gabungan kemahiran Muzik dan pendidikan Seni Visual ( 80% Muzik/ 20 % Seni Visual ( Anyaman dan Pembuatan )- Pihak kami masih dalam perbincangan agar murid yang mempelajari kurikulum ini boleh diterapkan masuk ke sekolah seni khususnya untuk bidang Muzik.

7.  Kurikulum Prasekolah ;
Ubahsuaian kurikulum prasekolah kebangsaan.
penambahan ( KAIMal )


8. Kurikulum Pelbagai Kecacatan
Dengan kerjasama BPKhas sedang digubal untuk murid pelbagai kecacatan.

* Ini adalah penjelasan ringkas daripada pihak kami. Segala maklumat, cadangan  dan pandangan amat dialukan .

Pegawai di Unit Khas Masalah Penglihatan :

1.  En. Abd. Rasid Bin Jali
2.  En. Ahmad Bustamam Bin Mohd Ali
3.  En. Mohd Hafiz Bin Baharom
4.  Pn. Aida Farzlina Binti Rosly

1 comment:

  1. assalam.. boleh tolong publishkan nota pasal kurikulum PJ suaian.. tq..

    ReplyDelete